Majlis Anugerah Kecemerlangan Sek. Keb. Laloh

 

 

Sekolah Kebangsaan Laloh telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan pada 3 Nov. 2003. Majlis ini bermula pada jam 9.00 pagi.

Majlis ini telah diadakan untuk menghargai kebolehan dan kecemerlangan murid-murid sekolah ini di dalam akademik dan kokurikulum serta menobatkan kesungguhan guru-guru mendidik dan membimbing murid-murid ke arah kecemerlangan. Majlis ini diadakan selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit demi melahirkan anak-anak didik yang cemerlang dan gemilang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Krai iaitu Tn. Hj. Abu Bakar Ibrahim.Para ibu bapa dan penjaga kepada murid-murid yang cemerlang ini telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis pada kali ini.Turut diundang ialah Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah ini.

Dalam majlis ini beberapa anugarah telah diberikan iaitu hadiah kepada murid terbaik KAFA, murid yang hadir penuh bagi kelas KAFA, Pemenang aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah ( PSS ), Murid terbaik Kokurikulum, Tokoh Murid 2004, Murid terbaik dalam setiap kelas, Murid terbaik bagi sesuatu mata pelajaran. Tidak ketinggalan juga kepada guru-guru, terdapat Anugerah Guru Penyedia Rancangan Mengajar Terbaik dan Anugerah Guru Penyedia Jadual Kedatangan Murid Terbaik.

Sesuatu yang menarik pada majlis kali ini ialah cenderamata kepada PPD Kuala Krai iaitu gambar foto yang diambil menggunakan kamera digital telah diproses percetakkan dan diframekan selepas sahaja PPD Kuala Krai berucap.Cenderamata ini disampaikan oleh Guru Besar S.K. Laloh iaitu En. Nik Rohimi Nik Idris kepada PPD Kuala Krai pada akhir majlis tersebut.

Pada hadirin juga telah dibekalkan juadah berbuka puasa selepas majlis selamat disempurnakan.