Raut wajahnya sentiasa
tenang , dengan senyuman mesra dibibir .Hajah Ayot@Rokayah Rajak 68 dilahirkan
pada tahun 1926 di negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Kehidupannya suatu ketika
dahulu sentiasa diselubungi cabaran dan kemelut kehidupan. Beliau sentiasa
bermanja dan mengecapi kasih sayang dari ibunya, lantaran ayah yang menghilangkan
diri entah kemana.Ayot meneruskan liku-liku kehidupan bersama ibunya yang
mewarisi kemiskinan keluarga.
Namun kemiskinan bukanlah faktor penghalang kejayaan. Beliau mendapatkan
perbelanjaan untuk belajar disekolah dengan menjaja kuih. Kemudian bersama
ibu tercinta belia meneroka tanah pinggir dengan menanam sayuran-sayuran
dan pokok buah-buahan.Hasil dari jualan tanaman itulah yang menjadi saraan
mereka.
Disekolah Ayot ternyata seorang murid yang cerdik dan pintar .Setiap kali
peperiksaan beliau berjaya menduduki tempat teratas.Ketika berusia 13 tahun
beliau mendapat tawaran sebagai guru pelatih dengan gaji RM3.00 sebulan.
Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu disekitar tahun 1940-an , Ayot terpaksa
berhenti sekolah keganasan askar Jepun terhadap wanita kedengaran diseluruh
ceruk rantau dan turut menyelinap ke telinga ibunya,maka kebimbangan yang
memuncak menyebabkan Ayot dikahwinkan dengan Abang bin Jonid,pemuda sekampungnya.Hasil
perkongsian hidup antara keduanya ,mereka dikurniakan 16 orang anak,lapan
lelaki dan lapan perempuan.Sembilan orang anaknya adalah lulusan menara
gading, tiga lulusan Institut Teknologi Mara (ITM) dan kolej, dan lain-lainnya
lulusan Maktab Pertanian, Maktab Perguruan, Juruwat dan Perbidanan serta
tamat tingkatan lima.
Kehidupan masa silam yang penuh dengan kesengsaraan merupakan titik tolak
kearah kejayaannya pada hari ini.Ketika anak sulungnya berusia dua tahun,
suaminya terpaksa mengganggur disebabkan tentera Jepun sering menggangu
ketenteraman rakyat. kesempitan hidup yang dialami menyebabkan mereka berpindah
dan mencuba nasib di Kota Samarahan.Disana suaminya berkerja menjala ikan
dan udang ,menjual kelapa dan pernah bekerja di kilang Jepun. Selepas kekalahan,
beliau sekeluarga kembali ke kampung asal. Kemahirannya menjahit dapat membantu
keluarga menampung perbelaanjaan seharian. Berkat usaha dan pertolongan
seorang rakan,suaminyanya mendapat pekerjaan sebagai pegawai kastam dengan
pendapatan RM35 sebulan. Suaminya turut melakukan kerja-kerja sampingan
untuk menambah rezeki.
Ayot pula sibuk mengasuh anak-anaknya yang semakin ramai bilangannya .Beliau
memberi didikan agama yang secukupnya dan sentiasa mengajar mereka agar
tidak bersifat angkuh. Hasil usaha ibu yang gigih ini akhirnya mereka bukan
saahaja dapat keluar dari garis kemiskinan,malah anak-anaknya cemerlang
dalam kehidupan,kini menyandang jawatan-jawatan penting dalam perkhidmatan
penting dalam perkhidmatan awam dan swasta.
Keluarga Hajah Ayot sentiasa bersedia menghulurkan tangan kepada sesiapa
yang memohon bantuan .Semasa di Limbang,beliau aktif dalam pertubuhan wanita
dan secara sukarela telah mengajar jahitan dan masakan kepada ahli-ahli
persatuan tersebut.
Begitulah pengorbanan seorang ibu sejati. Kejayaan dan khidmat bakti yang
dihulurkan menjadi sebutan dan telaadan kepada masyarakat.