Kemesraannya
memikat hati. Sifat keibuannya menyerlah sekali.Walaupun sudah 91 tapi
usia tidak menjadi garis pemisah untuk beliau terus berbakti. Itulah Hajah
Enjah Mohd Ariff,Ibu Mithali pertama,tokoh yang disegani.
" Banyak tokoh
dinegara kita,ibu cuma tokoh tua," kata Ibu Enjah.. . Ibu Enjah dilahirkan
pada tahun 1903 di Kampung Melaka,Kuala Lumpur,iaitu letaknya Selangor
Mansion sekarang. "Sewaktu muda ibu menempuh pahit dan derita.Ibu
pernah ambil upah menjahit, jual lemak dan jual lemak dan buat bedak sejuk,"
kata ibu Enjah mengimbau kenangan silamnya.
Kedua ibu bapanya
meninggal dunia semasa beliau masih kecil. Suaminya hanyalah pekerja bengkel
Keretapi .Meskipun begitu,mereka hidup dengan penuh kasih sayang disamping
12 cahayamata tercinta. Namun, suratan takdir menentukan segala.Namun,suratan
takdir menentukan segala. Ketika Jepun memerintah,suami Ibu Enjah meninggal
dunia.
Patah sayap bertongkat
paruh.Dugaan Tuhan dihidapi dengan penuh keimanan . Walau dipamit derita
tetapi Ibu Enjah berusahasa mendidik anak-anaknya dengan sempurna.Berkat
ketabahan dan kesabaran,akhirnya beliau dapat membina keluarga berjaya.
Ibu Enjah juga
cergas dibidang politik serta kemasyarakatan . Memandangkan kepimpinannya
yang menyerlah, beliau diberi kepercayaan menjadi Ketua Kaum Ibu Negeri
Selangor selama 18 tahun. "Ibu tak sekolah tetapi berani kedepan.Ibu
begitu kesal kerana tak dapat bersekolah seperti orang lain,sebab itu
ibu beri sepenuh perhatian pada anak," kata Ibu Enjah yang kini mempunyai
41 cucu dan 61 cicit. Ketika berusia 60 tahun, beliau memasuki kelas dewasa
sebaik sahaja kelas itu ditubuhkan. "Orang kata ibu dah tua,buat
apa sibuk nak sekolah,tetapi ibu tak perduli".
Hasil kegigihannya,Ibu
Enjah dapat menulis dan membaca dengan baik.Bahkan selepas itu Ibu Enjah
turut membuka Kelas dewasa bagi membasmi buta huruf. Beliau berpegang
kepada prinsip bahawa kejayan seseorang itu bergantung kepada kemahuan
sendiri. "Kesungguhan mesti lahir daripada diri sendiri bukan dengan
pujukan wang ringgit," kata beliau.
Menyentuh tentang
kejayaannya mendidik anak-anak,Ibu Enjah memberitahu,beliau sentiasa berterus
terang dengan anak-anaknya."Mana yang tak betul,ibu bercakap berdepan
dengan mereka dan bukannya menghebohkan kepada orang lain.
Disamping memberi
tumpuan terhadap keluarga,Ibu Enjah tidak jemu-jemu membantu masyarakat.Jasa
dan bakti Ibu Enjah mendapat pengiktirafan negara.Beliau dikurniakan pingat
Jasa Kebaktian dan pingat Jaksa Pendamai daripada Sulatan Selangor,serta
pingat Ahli Mangku Negara dan pingat Kesastria Mangku Negara daripada
Yang Dipertuan Agong.
Apabila YADIM menganjurkan
pemilihan Ibu Mithali pada 1980,Ibu Enjah terpilih untuk menerima anugerah
sebagai Ibu Mithali bagi kali pertama.Sejak itu nama Ibu Enjah bertambah
harum dan menjadi sebutan rakyat negara ini.