Anugerah Ibu Mithali 1985

Hajah Wan Mariam Haji Wan Ahmad

 

 

Hajah Wan Meriam dilahirkan pada tahun 1992,diKampung Raja,Besut,Terengganu.Beliau adalah anak bongsu dari enam orang adik beradik dalam sebuah keluarga yang sederhana.

Sejak kecil Wan Meriam bercita-cita menjadi pendidik, tetapi keinginan tersebut tidak langsung mendapat galakan daripada kedua Ibu-bapanya .Supaya mendapat membaca dan menulis,beliau belajar dari bapa saudaranya.

Dalam usia remaja beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Encik Nik Yahya b. Hassan,seorang kerani berusia 22 tahun.Sebagai suami yang penyayang, Wan Meraiam telah dihadiahkan sebuah buku berjudul "Tun Fatimah" untuk menggalakkannya membaca.

Nampaknya,semangat Tun Fatimah turut meresap didalam diri Wan Meriam. Beliau berganding bahu dengan pejuang tanahair menetang gagasan Malayan Union dan turut berjuang menuntut kemerdekaan.

Hasil perkongsian hidup dengan suaminya mereka dikurniakan enam orang anak,lima puteri dan seorang putera Ketika anak-anak ini masih kecil suaminya telah menyahut panggilan ilahi,pergi buat selama-lamanya.

Dalam serba kekurangan,Wan Meriam terpaksa berusaha dengan lebih tabah dan gigih Hajah Wan Meriam mempunyai cara sendiri yang sentiasa diamalkannya dalam mendidik anak-anak .Jika beliau menegah anak-anak berbuat sesuatu ,beliau akan menjelaskan sebabnya supaya mereka benar-benar faham. Meriam juga menjelaskan sebabnya supaya mereka benar-benar faham. Meriam juga meluangkan masa dengan anak-anak dirumah, tidak pernah membiarkan anak-anak keluar lama dan sentiasa membekalkan anak-anak dengan bahan bacaan berunsur pendidikan.
Berkat kesabaran menghadapi dugaan,serta kebijaksanaan beliau mendidik anak-anak,semua anaknya telah berjaya dibidang masing -masing.Dua orang anaknya bertugas sebagai pendidik,anak lelaki tunggalnya membuka pejabat guamanya sendiri, sementara lain-lainnya juga berkelulusan universiti.

Meskipun sibuk dengan tanggungjawab sebagai ibu, Wan Meriam tidak lupa menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat .Penglibatan beliau secara aktif dalam kegiatan sukarela bermula sejak berumur 18 tahun. Diantara jawatan yang pernah disandang dalam pertubuhan sukarela ialah sebagai Pengerusi Persatuan Perkumpulan Wanita, Cawangan Besut (sejak 19560(dari tahun 1964-1984)dan Ahli Jawatankuasa UMNO Daerah Besut (dari tahun 1964 -1984) dan Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Kampung Raja, Besut.

Bagi Wan Meriam,segala pengorbanan dan perjuangannya termasuk menentang gagasan Malayan Union adalah untuk kepentingan nusa dan bangsa. Sebagai mengenang pengorbanan dan perjuangannya,pihak Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita(N.C.W.O)telah mengurniakan gelaran "tokoh wanita " kepada beliau pada 1984.Sementara kerajaan Malaysia melalui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengurniakan anugerah Ibu Mithali kepada Hajah Wan Meriam pada 15 November 1985.


Sumber : islam.gov.com