Anugerah Ibu Mithali 1983

Hajah Wan Mas Ibrahim

 

 

YADIM pada tahun 1983 sesungguhnya ibu sejati yang patut dicontohi. Beliau bagaikan siarah yang mengerdip lembut dibumantara,tenang bercahaya tetapi diam-diam menabur jasa.

Hajah Wan Mas dilahirkan pada 21 Julai 1918 di Kubang Pasu,Kota Bharu. Pada tahun 1928, ektika masyrakat memandang serong terhadap anak perempuan yang bersekolah,beliau memasuki Sekolah Kebangsaan Abdul Hadi di kampungnya bersama seorang sepupu perempuan. Pada masa itu,belum ada orang perempuan disitu dan sekitar bersekolah.

"Orang sentiasa mengejek walaupun makchik pakai tudung besar," kata beliau.Berkat kesabaran beliau dapat belajar hingga tamat darjah enam.Disekolah atap berbangku dan bermeja buluh(ketika itu) itulah Wan Mas berkenalan dengan suaminya.

"Walaupun sekelas kami tidak pernah bertegur sapa kerana murid perempuan dilarang keras bercakap dengan murid lelaki. Kalaudilihat guru pasti kena rotan.Nak hantar surat pun tak berani.," ujar Wan Mas.Kata orang, kalau jodoh tidak kemana.Pada bulan Januari 1934 mereka mendirikan rumahtangga.Ketika itu Wan Mas berusia 16 tahun. Dihujung tahun mereka dikurniakan cahayamata pertama.

Tuah anak siapalah tahu. Pada bulan Januari 1935, Wan Mas diterima menjadi guru, Dari situ, bermulalah kerjayanya sebagai guru. Beliau berkhidmat dari satu sekolah kesekolah yang lain .Denagn pengalaman dan keterampilannya,tidak lama kemudian beliau dilanti menjadi guru besar.Suaminya pula menjadi penolong guru besar. Sifat Wan Mas yang pandai mengambil hati ketika menjalankan tugas amat disenangi orang kampung tempat beliau mengajar.Tambahan pula di bergaul rapat dengan mereka.

Ketika pilihanraya umum pertama pada tahun 1957, beliau sibuk mengajar orang-orang kampung mengundi. Wan Mas memang aktif. Selain bergiat dalam UMNO dan Perkumpulan Perempuan,dia juga gigih di dalam pasukan Pandu Puteri dan pelbagai kerja kemasyarakatan yang lain.

Memandangkan sikap prihatinnya terhadap masyarakat,beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Tempatan Pangkal Kalong dan sebagai Juri Mahkamah Kanak-Kanak Nakal.

Walaupun sibuk dengan kerja kemasyrakatan,beliau tidak lupa pada keluarga sendiri. Kesejahteraan keluarga dibina dan dipupuk setiap masa.

Hasil perkongsian hidup dengan suaminya, mereka dikurniakan lapan orang anak ,37 cucu dan seorang cicit. Selain itu, mereka juga mempunyai ramai anak angkat.

Sebagai pendidik, mereka begitu mengambil berat tentang pelajaran anak-anak.Disamping itu, nilai pekerti mulia turut diutama. Hasilnya, anak-anak mereka berjaya dalam bidang masing-masing dan hidup sejahtera.Beberapa orang di antara nya menjadi orang penting dalam kerajaan. Hari ini mereka tersenyum puas melihat anak-anak telah berjaya.

Sifat keibuan keibuan dan ketaqwaan Hajah Wan Mas amat terpuji. Kedua sifat inilah yang melayakkan dipilih sebagai Ibu Mithali. Majlis penganugerahan diadakan pada 16 April 1984.

Hajah Wan Mas Ibrahim,76, yang dipilih menerima anugerah Ibu Mithali anjuran Ibu Mithali anjuran

 

 

 

 

Sumber : islam.gov.com