Anugerah Ibu Mithali 1988

Hajah Zabedah Haji Shahid

Tokoh pendidik ini kelihatannya tegas tetapi berjiwa penyayang. Hajah Zabedah,76, dilahirkan di Ipoh, Perak pada 29 April 1918.Anak keempat dari lima adik beradik ini dibesarkan di Selangor .Sudah ditakdirkan rumahtangga kedua ibu bapanya tidak kekal lama.Perceraian kedua ibu bapanya mengajar Zabedah untuk hidup berdikari.

Bagi menampung perbelanjaan harian, Zabedah yang ketika itu berumur enam tahun terpaksa membantu ibunya menjaja kuih dari rumah kerumah sejak pukul enam pagi lagi.

Kesempitan hidup menyebabkan beliau agak lewat menjejak kaki ke sekolah. Berkat kesabaran dan kegigihan, Zabedah akhirnya berjaya menamatkan pendidikannya hingga kedarjah lima.Pencapaiannya yang cemerlang di sekolah telah membuka peluang kepada Zabedah melibatkan diri dibidang pendidikan. Beliau ditawarkan sebagai guru pelatih dalam tahun 1933 dengan gaji RM115 sebulan.Beliua mula mengajar diSekolah Kebangsaan Kajang.

Selepas du tahun menjadi guru pelatih,beliau bertuah menjadi salah seorang dari 25 orang
puteri yang pertama kali terpilih masuk ke Maktab Perguruan Melayu Melaka pada tahun 1935. Setelah menjalani latihan , Hajah Zabedah bertugas di sekolah Melayu Beranang,Sekolah Perempuan Melayu Setapak dan akhirnya menjawat jawatan Guru Besar di Sekolah Perempuan Kampung Baru sehingga beliau bersara pada tahun 1971.

Semasa bertugas di Sekolah Perempuan Melayu Setapak,beliau bertemu jodoh dengan Encik Hashim Mohd Yusof , kerani di Lembaga Letrik Negara. Hasil perkongsian hidup ,pasangan suami isteri bahagia ini dikurniakan cahayamata seramai 13 orang; tujuh orang orang putera dan enam orang puteri.Sebagai ibu yang bekerja, mendidik anak seramai 13 orang ; tujuh orang putera dan enam orang puteri.

Sebagai Ibu yang berkerja, mendidik anak seramai 13 orang adalah suatu tanggong jawab
yang amat berat. Tambahan pula dengan pendapatan keluarga yang sederhana .Namun, bagi Zabedah dan suami,anak-anak perlu diberi kasih sayang dan didikan yaang sempurna. Namun, bagi Zabedah dan suami,anak -anak perlu diberi kasih sayang dan didikan yang sempurna.Kerjaya tidak menghalang beliau untuk terus mendidik anak-anak terutama daalaam menerapkan nilai-nilai aajaaran Islam. Hasil kegigihan dan kebijaksanaan mereka,anak-anak menempah kejayaan cemerlang.Salah seorang anaknya pula menjadi tokoh korporat ternama diMalaysia.

Sifat keibuan tidak sahaja dirasai oleh anak-anak dirumah malah beribu-ribu"anak" muridnya diseluruh negara. Zabedah menghabiskan separuh dari masanya dialam pendidikan. Meskipun begitu beliau masih sempat melibatkan diri dengan melibatkan diri dengan masyarakat sekitar.Ini terbukti apabila beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Wanita Islam Selangor dan Setiausaha Madrasah Aliah Kampong Baru(kaum Ibu)

Masyarakat dan negara menghargai pengorbanannya dengan memilih beliau sebagai Ibu Mithali kali Keempat. Hajah Zabedah menerima anugerah tersebut daripada Seri Paduka Baginda Raja Paimasuri Agong, Sultanah Zanariah pada 20 Oktober 1988.

 


Sumber : islam.gov.com