Terdapat
beberapa perkara penting yang anda perlu ambil perhatian apabila
mengulangkaji untuk peperiksaan penting.
Pertama:
Mula Awal - empat minggu sebelum peperiksaan
Berjumpalah
guru anda pada waktu lapang dan cuba dapatkan gambaran tentang
topik yang akan keluar dalam soalan ujian nanti. Buat senarai
apa yang guru anda beritahu dan tunjukkan kepadanya untuk membuat
semakan semula, pastikan
anda mendapat maklumat yang betul.
Rancang
untuk meluangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit, paling baik
1 jam, setiap hari untuk mengulangkaji. Buat agenda/jadual waktu
untuk setiap subjek bagi memudahkan anda membuat ulangkaji pada
setiap malam
Luangkan
lima minit pertama menyediakan semua bahan atau peralatan yang
anda perlukan. Anda akan memerlukan kad indeks, marker berwarna,
dua atau tiga pen penyerlah (highlighter), pensel, pen, fail untuk
setiap subjek serta kertas
bergaris, tidak bergaris dan graf. Jika anda menyimpan barang-barang
ini di dalam sebuah kotak, lebih mudah anda menggunakannya setiap
kali ingin memulakan ulangkaji. Dan sudah tentu anda memerlukan
nota dan buku teks bagi setiap subjek
untuk mengulangkaji.
Ambil masa
20 minit untuk membuat ulangkaji. Jika anda menghabiskan masa
selama 1 jam, bahagikan ia kepada 15 minit setiap segmen. Masa
ulangkaji yang singkat dan rehat secukupnya akan dapat meningkatkan
daya ingatan anda.
Dalam masa
5 minit yang terakhir, anda boleh melihat apa yang telah dipelajari
dan pastikan matlamat anda apabila mengulangkaji semula subjek
tersebut.
Kedua:
Gunakan pancaindera anda
Sebagaimana
yang kita sedia maklum, semakin kita melihat, mendengar, menyentuh,
menghidu dan menerima maklumat, semakin kuat kesannya terhadap
daya ingatan kita.
Contohnya:
Mengingati beberapa baris dialog bagi sesuatu adegan bukan sahaja
memerlukan anda menghafal ayat demi ayat tetapi meluahkannya dalam
bentuk ucapan serta menggambarkan adegan tersebut. Dengan menggunakan
pancaindera tertentu
dalam satu masa, kita dapat meningkatkan kemampuan untuk mengingati
maklumat.
Tulis, taip,
lukis segala maklumat yang telah dapat. Dengan cara ini ia dapat
menghasilkan suatu gambaran yang dapat menolong anda mengingati
dalam jangkamasa yang panjang. Tulis semula nota-nota, buat beberapa
senarai, buat kad pembayang,
reka soalan-soalan dan jawapan atau lukis karektor yang melucukan.
Bercakap, menyanyi, membaca maklumat tersebut.
Ambil nota dan bacanya dengan kuat untuk dirakam pada pita rakaman.
Anda boleh menjadikan mana-mana bahagian yang penting dalam bentuk
lagu rap ataupun menyebutnya mengikut irama (ingat
lagu A,B,C...?) Sediakanlah soalan yang anda buat dan minta bantuan
ahli keluarga untuk menyoal anda dan anda menjawabnya.
Memanipulasi, memberi fokus, menunggang basikal,
melompat dengan tali. Membuat pergerakan badan akan dapat membantu
anda mengingati dengan lebih mudah. Baca nota sambil mengayuh
basikal yang tidak bergerak. Tulis semula nota penting.
Tulis perkataan dan maknanya sekali pada kad indeks serta bermain
memadankannya Sepahkan kad tersebut di lantai dan ambil salah
satu darinya, baca soalan yang tertera serta berikan jawapan yang
tepat.
Bahagikan semua maklumat kepada beberapa bahagian
utama. Jadikan ia tidak melebihi 7 bahagian. Akal fikiran kita
dapat mengingati bilangan angka ini dengan mudah, contohnya nombor
telefon kawan anda.
Pastikan anda membuat ulangkaji setiap bahagian
maklumat sebanyak tiga kali sehari bagi memastikan ia akan menjadi
sebahagian daripada memori anda bagi jangkamasa panjang.
Ketiga: Tanamkan sifat positif dan tenang
Tanamkan sifat keyakinan diri yang positif. Anda
harus berfikiran positif. "Saya seorang pelajar yang bijak",
"Saya mengorbankan masa dan tenaga untuk belajar bersungguh-sungguh."
Tidur dengan secukupnya. Sewaktu tidur pada waktu malam, minda
anda akan membina semula jaringan neuron atau sel-sel otak yang
berfungsi sebagai memori.
Pemakanan yang sihat dan senaman. Pastikan anda mengambil diet
pemakanan yang seimbang mengikut carta piramid makanan. Keluar
bersiar-siar, bermain kasut roda, menunggang basikal ataupun bermain
bola keranjang. Berhibur sambil membuat
senaman sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
Selepas anda berjaya mengikuti segala panduan tersebut, Bergembiralah!.
Setiap hujung minggu, beritahu ahli keluarga anda bahawa anda
mengambil masa untuk belajar dalam usaha untuk berjaya di bidang
akademik. Anda berhak mendapat pujian dari semua pihak.