Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas Sekolah, 2004.

 

Majlis Perlantikan Pengawas telah diadakan pada 7 Mac 2004 di medan perhimpunan S.K. Laloh. Majlis ini bermula pada jam 8.00 pagi dan telah dirasmi oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Laloh iaitu SM Hamatli Seman.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ' Negaraku ', ' Selamat Sultan ' dan lagu sekolah ' S.K. Laloh Maju Jaya ' .Dalam ucapan SM Hamatli Seman, beliau banyak memberi nasihat kepada murid-murid agar tidak terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat yang boleh mendatangkan mudarat kepada murid-murid seperti terlibat dengan najis dadah, melawan guru-guru dan budaya samseng di sekolah. Beliau juga meminta agar semua pengawas sekolah dapat menjalankan tugas mereka dengan baik dan mengamalkan disiplin yang baik agar mereka dapat dijadikan contoh kepada murid-murid yang lain.Para pengawas juga perlu bekerjasama dengan guru-guru agar segala masalah berhubung dengan disiplin dapat ditangani dengan baik dan berkesan. Disiplin yang baik akan melahirkan persekitaran sekolah yang tenteram dan membolehkan murid-murid belajar dalam keadaan yang lebih selesa.

 

Penyampaian Watikah Perlantikan

 

Penyampaian watikah perlantikan pengawas telah disempurnakan oleh oleh Yang Setia SM Hamatli Seman kepada 32 orang pengawas yang diketuai oleh Mohd. Rohaizat Che Mat ( Ketua Pengawas ) sebelum itu para pengawas telah membaca Ikrar Pengawas.

 

Bacaan Ikrar Pengawas

 

Foto-Foto Majlis Perlantikan Pengawas 2004