Mencantikkan Telur Rebus
Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah
ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian
rebuskan kembali telur itu.
Mengelak Ikan Masin Hancur
Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan masin terlebih dahulu
sebelum menggoreng.
Ikan Digoreng Tidak Lekat
Untuk memastikan ikan tidak melekat pada kuali ketika digoreng, anda
harus pastikan minyak yang digunakan agak banyak dan membolehkan
ikan tersebut tenggelam. Selain itu anda juga boleh memasukkan
beberepa keping asam keping bersama ikan itu. Terbalikkan ikan bila
anda yakin ia telah garing.
Mengelak Minyak Memercik
Petua 1 : Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah
dipanaskan. Kemudian baru menggoreng.
Petua 2 : Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam
gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak
menggoreng.
Menghalau Semut
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam
bekas berisi gula.
Memekatkan Sup
Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair.
Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.
Mengelakkan Lipas
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran
lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun
pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.
Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Petua 1 : Letakkan arang di dalam peti sejuk untuk mengelak peti
sejuk daripada berbau.
Petua 2 : Letakkan sedikit esen vanila dalam bekas yang kecil dan
simpan di dalam peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum dan segar.
Hindari Bau Busuk Kulit Udang
Siram kulit udang dengan air panas, barulah dibungkus dan dimasukkan
ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan
dihurung lalat.
Bersihkan Siput Sedut
Jika anda menghadapi masalah untuk membersihakn siput sedut,ambil
sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang
masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah
mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput
tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan
hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah
bila dimasak.
Cili Mesin Lebih Tahan Lama
Petua 1 : Masukkan sedikit air asam jawa ke dalam cili kering yang
telah dimesin. Kemudian simpankan di dalam bekas yang berpenutup di
dalam peti ais. InsyaAllah cili tersebut akan tahan sehingga sebulan
dari berkulat.
Petua 2 : Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan
memasukkan sedikit garam halus. Panaskan sehingga kering airnya.
Setelah sejuk, masukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais.
Petua 2 : Cili yang telah dikisar hendaklah digoreng terlebih dahulu
dengan minyak dan sedikit garam. Setelah sejuk, barulah dimasukkan
dalam bekas berpenutup di dalam peti ais.
Petua 3 : Masak cili dengan air dan sedikit garam. Setelah sejuk,
bolehlah dikisar hingga hancur.
Petua Mengisar Cili
Masukkan sedikit minyak masak bersama cili kering . Kemudian kisar
seperti biasa. Cili kering tersebut akan tahan lama selain
menghancurkan biji cili kering dgn lebih cepat.
Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini. Ambil beberapa
biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan
tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan
agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi
itu bolehlah dimakan.
Nasi Lemak Cepat Masak
Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu
ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras
sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.
Mengelakkan Periuk/ Kuali Menjadi Hitam
Sapukan minyak masak pada bahagian dalam dan luar periuk dan kuali
setiap kali sebelum ia digunakan. InsyaAllah periuk/kuali tidak akan
menjadi hitam, terutamanya jika diguna di atas api dapur kayu.
Hilangkan Bau Hamis Daging
Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih.
Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan
senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan
dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.
Hilangkan Lemak Ayam
Gaul dan perapkan daging ayam dengan tepung gandum selama setengah
jam, sebelum anda hendak memasaknya.
Kurangkan Kutu Beras (Bubuk)
Petua 1 : Ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang
disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras
diatasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi
diserang bubuk.
Petua 2 : Masukkan beberapa tangkai cili kering dan serai ke dalam
bekas beras. Beras tidak akan berkutu sebaliknya berbau wangi.
Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan
bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan
sedikit garam ketika menumis.
Hilangkan Kesan Kuning Cawan dan Teko
Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur garam dan
limau nipis selama lebih kurang lima belas minit. Anda akan dapati
cawan dan teko itu bebas dari kesan teh dan kopi yang kelihatan
berkarat itu.
Mengatasi Nasi Lembik
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika.
Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.
Telur Tahan Lama
Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur
dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.
Menghilang Tanda Hangus Pada Periuk
Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air.
Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti
biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan
menjadi bersih kembali.
Melembutkan Daging
Petua 1 : Jika anda masak daging yang keras, sudah lama direbus tapi
masih belum empuk, anda boleh mengatasi masalah ini dengan
memasukkan sebiji buah betik muda ke dalam masakan daging tersebut.
InsyaAllah, daging itu akan lembut dan masakan akan bertambah sedap.
Petua 2 : Masukkan sudu atau garfu (seelok-eloknya sudu tembikar) ke
dalam periuk bersama-sama daging yang sedang direbus hingga empuk.
Kemudian, barulah dimasukkan bumbunya.
Petua 3 : Ketika merebus daging, masukkan satu cawan air kelapa ke
dalam rebusan daging. Masak seperti biasa sehingga daging empuk.
InsyaAllah daging akan lebih mudah lembut.
Sayur-sayuran Tahan Lebih Lama
Setiap kali membeli sayur-sayuran, cucikan dgn air terlebih dahulu
sehingga bersih. Toskan airnya. Kemudian bungkus dengan suratkhabar.
Simpankan dalam peti sejuk seperti biasa. InsyaAllah sayur-sayuran
tersebut akan tahan sehingga dua tiga hari berikutnya dan masih
segar apabila ingin dimasak.
Mengelakkan Sawang atau Sarang Labah-labah
Bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang labah-labah. Kemudian
celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat
itu.
Mengelak Telur Rebus Pecah
Didihkan dahulu air dengan garam. Kemudian baru masukkan telur ke
dalam air.
Petua Mengupas Telur
Agar telur terkupas cantik, ikuti petua ini. Rebus telur dalam
jumlah yang banyak. Masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah
bersama kentang dalam air rebusan. Rebus seperti biasa. Pasti telur
itu lebih mudah dikupas.
Agar Tembikai Lebih Manis
Untuk memaniskan lagi tembikai, rendamkan dalam air garam selama 4
jam. Tembikai akan berasa lebih manis.
Menyegarkan Kembali Sayur
Sayuran yang disimpan lama tentu akan hilang kesegarannya. Untuk
mengembalikan kesegarannya, rendamkan sayur tersebut ke dalam air
yang bercampur sedikit cuka dan biarkan selama beberapa minit.
InsyaAllah, cuka tadi akan menghilangkan kotoran pada sayur dan
mengembalikan kesegarannya.
Hilangkan Bau Hanyir Ayam
Petua 1 : Lumurkan dua sudu makan cuka dan biar selama satu jam.
Kemudian baru dicuci seperti biasa. InsyaAllah bau hanyir dan lendir
ayam tadi akan hilang.
Petua 2 : Terlebih dahulu lumurkan ayam dengan tepung gandum.
Rendamkan dalam air sehingga 10 minit. Cucikan dengan air bersih.
Elak Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang
Untuk mengelakkan pedih mata, kupas bawang di dalam air.
Pengisar Sentiasa Tajam
Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit.
Amalkan langkah ini setiap bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan
kekal tajam.
Hilangkan Bau Botol Atau Balang
Setelah botol dicuci dan dikeringkan, masukkan arang kayu yang telah
dibersihkan. Tutupkan arang kayu itu dgn penutup botol agar ia dapat
menyerap bau botol dan biarkan selama 2 jam. Apabila bau benar2
hilang, baru lapkan bahagian dalam botol dengan kain kering yang
bersih.
Hilangkan Kotoran Pada Pengisar
Tuang air sabun yang panas dan campurkan dua senduk cuka ke dalam
pengisar. Putar pengisar dengan air suam dan keringkan.
Hilangkan Kesan Kunyit Pada Pengisar
Anda hanya perlu titikkan 3 atau 4 titis cecair peluntur ke dalam
pengisar. Kemudian goncangkan sehingga warna kunyit pada pengisar
tadi mengembang. Cucikan pula dengan hampas kelapa ataupun kulit
limau. Cudi bersih dan lihat hasilnya.
Menghilangkan Hanyir Ikan Pada Tangan
Selepas menyiang ikan, lumurkan sedikit ubat gigi pada tangan.
Kemudian, bilas. InsyaAllah tangan tidak akan berbau hanyir lagi.
Masakan Termasin
Potong kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan. Setelah
kentang lembut, keluarkan semula.
Bekas Plastik Kelihatan Baru Semula
Koyakkan suratkhabar kecil-kecil. Selepas itu campurkan sedikit
peluntur. Basuhkan bekas plastik itu sekali lalu dan rendam dalam
campuran suratkhabar dan peluntur tadi. Biarkan semalaman. Keesokkan
paginya, basuh bekas plastik tadi dengan serbuk sabun yang bercampur
air limau nipis. Gosokkan dengan span. Kemudian, basuh
bersih-bersih, bilas dan keringkan.
Cara Menyimpan Udang
Walaupun tiada peti ais, anda masih boleh menyimpan udang dengan
petua ini. Mula-mula udang tersebut dicuci hingga bersih dan
sejatkan airnya sehingga kering. Gaulkan udang tersebut dengan
sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat.
InsyaAllah udang tersebut akan tetap segar meskipun disimpan
sehingga 2 hari.
Mengelak Minyak Masak Berbau Tengik
Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk
mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula
untuk menggoreng.
Hilangkan Lendir Bendi
Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan
bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping
ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut
apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan
hilang serta-merta.
Merangupkan Cucur
Masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam abncuhan tepung. Kacau
rata-rata kemudian barulah digoreng. Cucur akan terasa lebih enak
bila dimakan.
Melembutkan Cucur
Bagi anda yang jarang membuat cucur, ini ada petua bagi melembutkan
cucur. Pastikan anda membancuh tepung gandum dengan air suam.
Kacaukan sehingga sebati. Dengan cara ini, cucur yang anda masak
lebih lembut sesudah dimasak dan tetap lembut walaupun telah sejuk.