Sek.Keb.Laloh Johan Pertandingan Sketsa Streetsmart

Peringkat PPD Kuala Krai, 2004.

 

Persembahana Sketsa Pelajar S.K. Laloh

 

Sekolah Kebangsaan Laloh keluar sebagai johan dalam Pertandingan Sketsa yang dianjur oleh Petrosains dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Pertandingan sketsa ini telah diadakan pada 20 Mac 2004 bertempat di Dewan Sek. Keb. Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai. Sebanyak tiga buah sekolah yang terpilih untuk mempersembahkan sketsa masing-masing pada hari tersebut. Sebelum itu, sekolah-sekolah di daerah PPD Kuala Krai perlu menghantar skrip sketsa masing-masing untuk dinilai sebelum dipilih untuk mempersembahkannya pada hari pertandingan tersebut.

Para pelakon ( Murid-murid ) telah dilatih oleh oleh Cikgu Kamarul Ariffin Hamzah bersama-sama dengan Cik Norazian dan beberapa orang guru lain.Skrip sketsa ini ditulis oleh Cikgu Kamarul sendiri.Sekolah ini telah mengambil Senario 6 iaitu berkaitan dengan Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Cikgu Kamarul Ariffin, Cikgu Norazian dan Para Pelakon

 

Para pelakon terdiri daripada Nasaruddin Razali, Nor Izham Adnan, Mohd Faizal Ismail. Mohd Nor Afifi, Takiyuddin dan Mohd Akmal Azman