
Laman
Web S.K. Laloh Naib Johan Pertandingan Laman Web Anjuan UPEN |

Laman web Sek. Keb. Laloh telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Laman Web 2004 bagi kategori sekolah yang dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan. Pertandingan ini telah disertai oleh 15 buah sekolah di Kelantan.
Pada 10 Mac 2004 yang lalu, Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Kota Darulnaim.Sebelum itu, lima laman web sekolah terbaik dan lima laman web kategori jabatan/IPTA/ badan berkanun terbaik telah membentangkan mengenai latar belakang pembinaan laman web masing-masing.
Penyampaian Hadiah disampaikan oleh YABhg Dato' Timbalan Setiausaha Kerajaan ( Pembangunan )/Pengarah UPEN